1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang
jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser
dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga
dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini
biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum
berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya
menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang
berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Suka
Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki
sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat
dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan
hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli
dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin
lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia,
dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan
Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun
pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah
kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman
luas.
5. Badan
Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya
yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai
perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan
kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini,
banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
6. Badan
Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan
sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya
bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang
pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan
sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan
seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan
kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung.
Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga
perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air
mata.
Panduan ini
bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan
peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa,
tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah
berlainan. Sekian. Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment